Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Saturday, 10 May 2014

..: lUkIsAn RiNdU uNtUk KeKaSiH :..


Wahai Cinta Hati Tuhan,
Dimanakah Kau Disaat ini?
Salam Rinduku Buatmu Disana

Wahai Cinta Hati Tuhan,
Meski Kau Telah Dijemput Illahi,
Rinduku Padamu Tak Pernah Malap,

Wahai Cinta Tertinggi Tuhan,
Wasiatmu Kini Dikhianat,
Iman Umatmu Kini Sudah Jatuh!
Seperti Jatuhnya Hati Sahabatmu...
Disaat Tuhan Mahu Menjemputmu

Wahai Insan Yang Dirindui,
Seandainya Kau Disini,
Apakah Perasaanmu?
Gembirakah Kau Atau Sebaliknya?

Wahai Kekasih Tuhan,
Dirimu Sangat Dirindui,
Dirindui Oleh Mereka Yang Menusuri Setiap Langkahmu,
Moga Kami Dipertumukan...
Dengan Kau Wahai Cinta Sejati Yang Maha Esa

Sollu 'Alaik...

Sunday, 30 March 2014

Semulia Tong Sampah


Ianya sangat diperlukan tetapi tidak mahu menonjol dipandangan umum.
Begitulah nasib tong sampah…sangat diperlukan tetapi tidak boleh ditunjukkan di mata umum. Disorok kewujudannya. Berfungsi sebagai tempat melupuskan segala yang sudah tidak berguna supaya tidak ‘mengganggu’ pemandangan awam.

Kotor! Inilah istilah yang dikaitkan dengan tong sampah.

Kotor dilihat sebagai sesuatu yang hina dan rendah dimata umum manakala bersih adalah suatu yang dipandang tinggi dan sifat bersih dipandang mulia.

Ada orang yang personalitinya seperti tong sampah. Tidak semestinya mereka yang bekerja sebagai tukang cuci. Tapi mereka sering menjadi individu yang diserahkan tugas yang tidak diminati atai tak glamour. Biasanya tugasnya dibelakang tabir yang tidak menonjol.

Dimajlis, mereka lah yang membuat persiapan awal dan keluar selepas majlis tamat untuk mengemas. Orang lain mungkin berada diatas pentas sebagai penghias majlis dan golongan tong sampah seakan tidak wujud namun kunci kejayaan terletak ditangan mereka yang dikenal sebagai personality tong sampah.

Anda termasuk golongan personality tong sampah?
Berbanggalah!

Usah berasa rendah diri kerana anda berpeluang menjadi insan mulia.

Thursday, 16 January 2014

Sakhon: Pemuda Filipina berwajah Arab


Takdir menemukan aku dengan seorang remaja yang berusia 19 tahun. Beragama Buddha dan berbangsa Filipina tetapi fasih berbahasa melayu.  Merupakan seorang mahasiswa jurusan perfileman yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu Negara.

Tiga hari sebelumnya, aku menerima panggilan dari encik Syed, salah seorang wakil daripada sebuah syarikat media yang baru sahaja ditubuhkan. Aku terkejut. Bagaimana saudara ini bisa menemukan nombor panggilan aku. Bingung dan penuh tanda tanya. Masih didalam perbualan telefon bimbit aku bertanya dari mana dia mendapatkan contact aku. Lalu jawabnya, ‘saya bertanya kepada kenalan anda dilaman muka buku yang sama kampus dengan anda’. Baiklah, satu persoalan telah pun dirungkaikan namun masih ada satu persoalan lagi yang masih berlegar di fikiran iaitu apakah tujuan wakil syarikat ini menelefonku? Beliau menginginkan supaya satu tarikh ditetapkan bagi menjelaskan tujuan beliau menelefonku. Kami berdua berbincang lama bagi menetapkan tarikh yang sesuai untuk kami berjumpa kerana masa itu merupakan masa klimaks bagi kami para pelajar UIA untuk menduduki peperiksaan akhir semester.

Akhirnya, kami bersetuju dan menetapkan hari selasa untuk kami berjumpa supaya orang tersebut dapat memberitahu objektif dia yang sebenarnya. Bermacam andaian yang bukan-bukan bermain dikotak fikiran. Mana tidaknya, seorang yang tidak dikenali peribadinya ingin berjumpa kita. Dunia sekarang dikejutkan dengan bermacam-macam topik di dada akhbar yang melibatkan mahasiswa menjadi mangsa kepada sindiket tertentu. Ini yang merisaukan aku.

Kami berjumpa pada hari yang ditetapkan. Lelaki tersebut menjemputku dikampus dengan menaiki kereta jenis audi. Didalam kereta, lelaki yang membahaskan dirinya sebagai abang Syed menyanyakan khabar aku dan aku diperkenalkan dengan seorang remaja lelaki. Abang Syed memberitahu bahawa remaja itu adalah adiknya dan namanya ialah Sakhon. Pelik tapi apa yang mahu dihairankan kerana zaman sekarang ramai yang menggunakan nama yang ringkas dan pelik bunyinya. Tidak lama kemudian, abang Syed memberitahu lagi bahawa adiknya itu berasal dari Filipina dan dia bukan Muslim. Mataku membulat. Bagaimana keluarga yang beragama Islam boleh mempunyai adik yang bukan beragama Islam? Atau barangkali adiknya itu bertukar agama? Sekali lagi otakku diseliratkan dengan persoalan-persoalan sebegini. Akhirnya, Sakhon menceritakan segalanya. Dari awal pertemuan dia dan abang Syed di Istana Budaya sehingga ke hari kami berjumpa. Baru aku faham bahawa remaja itu bukan lah saudara kandung abanag Syed tetapi hanya panggilan sahaja.

Aku tidak menyangka Sakhon itu bukan Muslim. Wajahnya persis orang Arab.

Kami bercakap tentang Islam dan sama sekali dia tidak kekok untuk turut serta dalam perbincangan aku dan abang Syed. Sekali sekala dia bertanyakan tentang maksud-maksud perkataan arab yang sering didengarinya. Sehingga lah tiba waktu maghrib dan kereta dipandu menuju kesebuah masjid bagi menunaikan solat maghrib. Secara spontan dan bersahaja abang Syed mengajak Sakhon untuk sama-sama bersolat.

            ‘adik, jom lah ikut solat sekali’

            ‘BMW lah bang’ tersengih Sakhon membalas.

            ‘ha? BMW? Mana?’ aku dan abang Syed terpinga-pinga mencari BMW yang dikatakan.

Tiba-tiba Sakhon gelak terbahak-bahak.

            ‘apa lah abang Syed dan Amar ni. BMW itu maksudnya saya Belum Mandi Wajib lagi’ balasnya dengan seyuman yang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Selepas mendengar apakah yang dimaksudkan dengan BMW itu, baru lah kami faham dan terpaksa menahan gelak sambil melangkah kedalam masjid.

Pertemuan singkat aku dengan Sakhon membuka minda dan membetulkan persepsi yang selama ini aku menyangkakan bahawa orang bukan Islam akan membenci Islam. Tetapi tidak! Sangkaan aku meleset sama sekali. Tidak semua orang begitu. Dan ini lah yang dikatakan kasih sayang sesama manusia tidak kira walau berbeza bangsa dan agama. Dan Sakhon adalah seorang remaja yang terbuka mindanya untuk mengetahui tentang perbezaan antara slam dan agama-agama yang lain.       


Semoga remaja ini bertemu dengan kebenaran yang hakiki.

Tuesday, 19 November 2013

..: Syair Kepergianmu :..


(Ahmad Ammar, semoga kau tenang disana)

Adindaku,
Aku yakin Tuhan cinta kau,
Kerna itu Dia mahu membawa mu lebih cepat,
Dari mereka yang mencintaimu

Adindaku,
Telah ku sorot syairmu,
Dalam catitan kau berfikir,
Dan mengorak langkah,
Melihat ciptaan sang pencipta

Adindaku,
Abah mu tenang sekali,
Ibu mu redha akannya,
Cita-cita mu kini jadi nyata,
Ada bidadari menunggumu,
Di pintu syurga

Thursday, 14 November 2013

Psychology of Learning

Assalamualaikum....^_^

Apa khabar? harap semuanya sihat walafiat....

Orang selalu cakap bahawa 'tarbiyah itu datangnya daripada Allah' dan untuk mendidik seorang anak bukan suatu tugas yang mudah sebenarnya...lebih-lebih lagi anak kecil...pepatah Melayu ada menyebut 'melentur buluh biarlah daripada rebung'...

Ermmm...sebenarnya saya mahu berkongsi cerita adik adik yang kini berusia 5 tahun...nama dia Adam..nama penuh Muhamad Arif Adam...

Kanak-kanak  memang suka memerhati tingkah laku seseorang kan?

Dalam Psychology Learning Processes juga dinyatakan tentang basic processes of learning: Attention, Retention, Reproduction and Motivation.

Adam akan memerhati seseorang di satu sudut...dalam senyap tanpa dilihat siapa dia akan mengikut apa saja tingkah laku yang dilihat ...hahaha...yang lucunya, kalau dia makan keropok yang berbentuk stick die akan buat gaya orang hisap rokok...sebab dia selalu tengok pak cik dia hisap rokok...sebab itu kalau nak buat apa-apa dihadapan budak kanak, seseorang perlu kenal pasti terlebih dahulu perbuatan yang ingin dilakukan samada baik atau pun buruk...sebab mereka akan meniru apa yang mereka lihat di sekeliling mereka...

Ya, bukan senang mahu didik anak-anak supaya menjadi insan yang baik..
Mendidik anak-anak perlu perhatian yang secukupnya dan bukan yang sambil lewa...
Persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak...
Terkadang, persekitaran menjadi faktor utama mengapa anak-anak yang dididik tidak menjadi...
Namun, itu bukan alasan untuk membiarkan mereka begitu sahaja.

Para ibu bapa tidak boleh menyalahkanh keadaan sekeliling kerana 'pembelajaran anak-anak bermula dari rumah'....

Berbalik kepada cerita Adam tadi, setiap kali masuk waktu solat die mesti kejut ahli keluarga yang lain untuk solat bersama. Sungguh indah didikan Tuhan.

Akhirnya, pihak yang terlibat dalam asuhan anak-anak perlu menitik berat tentang didikan mereka. Sumber didikan juga salah satu didikan itu menjadi atau tidak. Pengawasan yang teliti perlu diberikan agar anak-anak mendapat apa yang mereka berhak dapatkan.

Kaunselor Muda???

Bidang rundingan bukan lah menjadi perhatian aku. Malah, aku tak tahu cara berunding dengan baik.
Sekarang aku menuntut dalam jurusan psychology. Adakah sama antara kaunseling dan psychology?
Itu yang mengelirukan setiap pelajar. Tapi, menurut pensyarah aku, psychology mempunyai bidang yang lebih luas berbanding kaunseling yang hanya terhad kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah secara umumnya dan melakukan sesi rundingan bersama peserta tertentu secara khasnya.

    Aku masih lagi tercari-cari apakah perancangan masa hadapan aku. Tidak seperti rakan-rakan aku yang lain yang sudah ada perancangan mereka yang tersendiri.
Ia! Aku masih belum pasti.

    Semenjak aku mempamerkan status pengajianku di laman facebook, aku semakin mendapat banyak persoalan dan masalah yang perlu diselesaikan. Persoalan dan masalah itu datangnya dari rakan-rakan facebook aku sendiri. Ada yang aku kenal dan ada yang aku sendiri tak kenal. Mereka begitu berani berkongi masalah yang dihadapi kepada aku. Adakah mereka mempercayai aku? Sekiranya mereka betul-betul mempercayai aku, ini bermakna aku perlu membantu mereka yang bertanya walau aku sendiri belum pasti apakah aku dapat membantu mereka. Mungkin ini latihan permulaan untuk aku.

    

    Kata pensyarah introduction to psychology aku, seorang kaunselor yang baik ialah dia menjadi pendengar yang setia.

    Secara tak langsung, aku juga dapat meningkatkan kemahiran bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang. Aku juga sedikit sebanyak peroleh ilmu tentang apa yang ditanya kepadaku.

    Kedapa sahabat-sahabat yang ingin berkongsi cerita dengan aku dialu-alukan ^_^
Kita sama-sama mencari solusi terhadap cabaran yang mendatang.

Wednesday, 6 November 2013

..: PASSIVE vs OUTSTANDING :..


Sebagai seorang mahasiswa, orang akan memandang siapa kita. Siapa kita didalam kelas, di luar kelas mahupun didalam persatuan. Adakah kita seorang yang aktif menjawab segala persoalan yang diajukan oleh pensyarah? Atau adakah kita seorang pemimpin yang berjiwa besar didalam sesebuah organisasi?
Semua jawapa kepada persoalan diatas ada didalam diri kita.

*****

Seperti biasa, pensyarah saya memulakan kelas dengan syarahannya untuk hari itu. Panjang lebar Dr. Mariam menerangkan kepada kami tentang perkembangan otak.Hampir satu jam. Perkara bagi seorang pelajar ialah apabila tunduk sewaktu pensyarah mengajar dihadapan.

Sebelum kelas tamat, Dr. Mariam sempat berpesan dan berserita kepada kami. Pesanya, ' kita sepatutnya bersyukur sebab dapat belajar tentang organ dalaman manusia. Kita dapat lihat begitu unik dan indah ciptaan Tuhan. Kita belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata tapi untuk menjadi seorang pelajar yang bertakwa juga'.

Tersentap dengan kata-kata beliau.
Dr. Mariam sambung dengan ceritanya.

' Dulu, ada seorang senior kamu di psychology department. Saya mengajar dia. Saya tahu bagaimana orangnya. Sebagai seorang pensyarah kami tahu pelajar-pelajar kami. Kami dapat lihat siapa pelajar kami dan siapa kamu. Hanya dengan memerhati kami sudah tahu siapa kamu. Saya lihat senior kamu itu tidak seperti pelajar lain. Dia hanya seorang pelajar biasa dengan pointer yang sedang-sedang saja. Dia seorang yang menyembunyikan diri. Sewaktu dia menambung pengajian peringkat Sarjana, dia tetap begitu. Dengan karakternya yang pendiam, pointer yang masih sedang-sedang saja. Dia seorang yang sangat menghormati pensyarahnya dan dia sangat baik. Dan sekarang dia sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Phd di sebuah Universiti di German '...

Terpegun mendengar kisah dari Dr. Mariam. Impian semua pelajar adalah dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Dr. Mariam menyambung kisah tentang bekas pelajarnya itu...

' Walaupun dia seorang yang sedang-sedang saja. Tapi dia berjaya melangkah ke peringkat yang tertinggi. Untuk berjaya tidak perlu outstanding. Cukup sekadar kamu menghormati orang yang mengajar kamu. Oustanding itu sangat bagus tapi apa gunanya kalau kamu tidak mengormati pensyarah kamu '.

Dr. Mariam begitu suka menyelitkan pesanan-pesanan untuk pelajarnya agar kami semua berfikir. 

Passive juga boleh berjaya jika dia tahu apa impiannya dan sekiranya setiap perbuatannya mendapat keberkatan. Kerana keberkatan dan keredhaan itu sangat penting dan ia adalah resepi kejayaan.

Semoga kita mendapat kejayaan seperti yang diimpikan.
^_^