Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Wednesday 24 July 2013

Kembara Ramadhan: 'Breaks the Rules'

Sememangnya sudah dari kecil aku dijaga. Aku diajar untuk memberitahu segala apa yang terjadi kepada diriku. “Along, hari ini kat sekolah buat apa?” “periksa dapat markah berapa?”. Sejak dari sekolah tadika lagi aku diajar seperti ini. Menjawab semua persoalah umi. Sehingga kini, aku akan memberitahu segalanya pada umi tanpa diminta. Secara automatic. Mungkin sudah diajar seperti ini. Segala pergerakan aku dikawal oleh umi. Mahu keluar kemana? Dengan siapa? Semua ditanya.
Kadang-kadang terbit persoalan di benak fikiran, “aku ni kan dah besar. Kenapa umi nak halang aku? Kawan aku yang perempuan pun dapat keluar dengan kawan-kawan dia”.

Sehinggalah, pada suatu hari satu mesej menjengah ke telefon Samsung ku.

Titt…titt…titt…
“Salam amar, 19-21 Julai ni free tak?” mesej dari Faiz.
“Insyaallah free. Kenapa?” balas aku.
“Ingat nak ajak pergi kembara ramadhan”
“Oh, insyaallah boleh”

Disebalik jawapan ‘insyaallah’ terselit seribu satu kegusaran dihati. Masakan mahu keluar bersama kawan-kawan sekelas umi sudah membebel ini pula mahu keluar ke tempat yang jauh. Aku merahsiakan hal ini daripada pengetahuan abah dan umi. Bimbang mereka tidak membenarkan aku pergi.

Hampir dua bulan cuti semester sudah berlalu dan aku hanya duduk terpenguk di rumah.Terkadang rasa bosan mula mencuit. Setiap hari melakukan aktivi yang sama sahaja. Mungkin aku perlu ambil sedikit masa untuk keluar menghirup udara segar. “Ya! Walaupun macam mana sekalipun aku nak juga ikut Faiz pergi kembara” jentik suara hati.

“Abah, minggu depan along ada program. Along pergi boleh?” aku cuba memberanikan diri untuk meminta kebenaran abah.
“Program apa?” Tanya abah.
“Hmmm…tak tahu lah. Katanya program berkaitan penulisan” jawab aku dengan menyembunyikan perkara sebenar.
“Hmmm…program tu buat kat mana?”
Aku terdiam bila abah tanya soalan itu. Ini kerana abah tidak pernah benarkan sekiranya program itu berada di tempat yang jauh.
Jawab ku ringkas, “tak tahu lah, pihak penganjur belum beritahu lagi”.
“hmmm…pergi lah”. Abah membalas.
Alhamdulillah! Akhirnya aku boleh sertai kembara itu.

*****
Pada pagi 19 Julai bersamaan dengan hari jumaat, pada pukul 12 tengahari  aku berjalan dari mahallah Ali ke tangga besar yang menjadi benchmark pelajar UIA. Aku menuju ke arah kereta yang sedang menunggu.
“Amar tahu ke kita nak kemana ni?” sapa kak Tini.
“Hmmm…hari tu Faiz ada cakap yang kita mahu ke Kuantan dan Kuala Terengganu”.
“Betul lah tu” jawab kak Tini ringkas.
Sememangnya aku tidak tahu apakah tujuan kembara ini. Tetapi tidak mengapa kerana aku sudah memasang nawaitu bahawa tujuan aku keluar ini untuk meninjau dunia luar meski didalam bulan ramadhan.

Kami, aku, Faiz, kak Tini dan Aisyah akan memulakan perjalanan ke destinasi yang pertama iaitu Kuantan. Macam-macam gelagat disepanjang berada diatas jalan raya. Alhamdulillah, perjalanan ke Kuantan tidak dibiarkan dengan begitu sahaja. Sedikit perbincangan yang telah dibincangkan oleh kami berempat.
Sesampai aku di Kuantan, umi menelefon aku.
Cakap umi, “along, sekarang ni kau dekat mana?”
Aku serba salah mahu memberitahu yang sebenarnya.
“Orang ada kat Kuantan sekarang ni”.
“Kau buat apa kat sana? Balik! Kau tahu tak bahaya jalan jauh ni”. suara umi seakan menahan tangisan.
Aku cuba menenangkan umi. Sudah masak dengan perangai umi yang takut sekiranya anak-anak berada jauh di negeri lain.
*****
Pelbagai aktiviti sepanjang berada di daerah pantai timur. Ditambah pula dengan gelagat keluarga rakan-rakan. Seronok! Ibarat hati telah tertinggal disana. Suasananya yang indah. Sawah melentok disapa sang bayu. Pantai yang membiru memikat kaki yang melangkah.

Sudah 3 hari 2 malam kami bertangdang ke pantai timur. Bermacam pengajaran dan hikmah ditemui.
Semasa perjalanan pulang dari pantai timur, masing-masing didalam kereta dilamun kecintaan terhadap negeri pantai timur. Bagi aku, ini lah kali pertama aku berasa ‘bebas’ keluar bersama rakan-rakan. Aku dah ‘breaks the rule’!

Rule nya adalah aku tidak dibenarkan keluar tanpa abah dan umi dan tidak dibenarkan untuk pergi jauh ke negeri lain. Dan aku telah breaks itu sume. Ini tidak bermakna aku menderhaka kepada abah dan umi. Tetapi untuk memberitahu kepada mereka yang aku juga boleh melakukan. Mereka tidak yakin untuk melepaskan aku keluar walaupun aku sudah menjangkau usia 20 tahun. Alhamdulillah, dengan pengembaraan ini sedikir sebanyak dapat meyakinkan abah dan umi bahawa aku juga mampu untuk menjejakkan kaki didunia luar. Pengembaraan ini juga mengajar erti persabahatan. Bagaimana seorang sahabat yang sabar dengan kerenah sahabat yang lain.

Kembara itu cukup indah,
Bak beburung meneroka lelangit bumi,
Kembara juga menyingkap hikmah yang terhijab,
Menilai kuasa Yang Maha Esa.