Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Wednesday 30 July 2014

..: HaRi KeMeNaNgAn :..


Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar
Walillahilhamd

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke jadrat Illahi kerana kita masih diberi ruang dan peluang untuk menyambut kedatangan aidilfitri pada tahun ini. Dalam kita riang menyambut hari raya, ingatlah pada mereka yang serba kekurangan. Pendek kata ' bersederhana' lah dalam hari raya.

Orang selalu kata bahawa hari raya adalah hari kemenangan bagi umat yang beragama islam. Kenapa ya? Adakah kita memasuki satu perlumbaan? Atau adakah kita berperang?

Ya. Memang kita sebenarnya dalam perluambaan. Perlumbaan dalam membuat kebaikan atau lebih dikenalai sebagai 'fastabikul khairat'. Ada orang mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk menggandakan amalan seperti bertadarrus, qiammulail dan amalan-amalan sunat yang lain.

Ya. Kita juga berperang. Berperang memerangai hawa nafsu tatkala syaitan dan iblis dibelenggu selama sebulan. Adakah kita berjaya melawan nafsu dibulan ramadhan? Tepuk dada tanya iman ^_^

Kini, syawal hadir bagi menggantikan ramadhan.
 Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga serta melawan nafsu, kita sudahpun kembali kepada fitrah kita yang asal. Sebab itu ia dipanggil Aidul Fitri yang bermaksud asal kejadian atau kesucian.

Hari raya juga merupakan hari membesarkan Allah S.W.T. Pada hari ini kita bertakbir dan bertahmid memuji yang esa. Sungguhpun kita disarankan memakai pakaian baru dan cantik, tidak bermakna kita boleh mendedahkan aurat. Perbuatan ini adalah suatu perbuatan yang menjatuhkan Allah. Sekiranya kita mampu melawan nafsu durjana pada bulan ramadhan kenapa tidak pada bulan syawal? Adakah kita telah kalah? SEMOGA KITA TERMASUK ORANG-ORANG YANG KEMBALI PEROLEH KEMENANGAN.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau kelakuan yang tidak menyenangkan. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN ^_^

 Dari saya, Amar Aimmullah Bin Azizul.

No comments:

Post a Comment