Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Wednesday 30 July 2014

..: HaRi KeMeNaNgAn :..


Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar
Walillahilhamd

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke jadrat Illahi kerana kita masih diberi ruang dan peluang untuk menyambut kedatangan aidilfitri pada tahun ini. Dalam kita riang menyambut hari raya, ingatlah pada mereka yang serba kekurangan. Pendek kata ' bersederhana' lah dalam hari raya.

Orang selalu kata bahawa hari raya adalah hari kemenangan bagi umat yang beragama islam. Kenapa ya? Adakah kita memasuki satu perlumbaan? Atau adakah kita berperang?

Ya. Memang kita sebenarnya dalam perluambaan. Perlumbaan dalam membuat kebaikan atau lebih dikenalai sebagai 'fastabikul khairat'. Ada orang mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk menggandakan amalan seperti bertadarrus, qiammulail dan amalan-amalan sunat yang lain.

Ya. Kita juga berperang. Berperang memerangai hawa nafsu tatkala syaitan dan iblis dibelenggu selama sebulan. Adakah kita berjaya melawan nafsu dibulan ramadhan? Tepuk dada tanya iman ^_^

Kini, syawal hadir bagi menggantikan ramadhan.
 Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga serta melawan nafsu, kita sudahpun kembali kepada fitrah kita yang asal. Sebab itu ia dipanggil Aidul Fitri yang bermaksud asal kejadian atau kesucian.

Hari raya juga merupakan hari membesarkan Allah S.W.T. Pada hari ini kita bertakbir dan bertahmid memuji yang esa. Sungguhpun kita disarankan memakai pakaian baru dan cantik, tidak bermakna kita boleh mendedahkan aurat. Perbuatan ini adalah suatu perbuatan yang menjatuhkan Allah. Sekiranya kita mampu melawan nafsu durjana pada bulan ramadhan kenapa tidak pada bulan syawal? Adakah kita telah kalah? SEMOGA KITA TERMASUK ORANG-ORANG YANG KEMBALI PEROLEH KEMENANGAN.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau kelakuan yang tidak menyenangkan. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN ^_^

 Dari saya, Amar Aimmullah Bin Azizul.

Thursday 10 July 2014

..: HAHAHA: antara kebahagiaan dan penderitaan :..


'kebahagiaan ialah kejayaan mencapai apa yang diinginkan'

'kebahagiaan bukan apa yang kita lakukan tapi bagaimana kita melakukannya'



Tidak semua orang merasai nikmat bahagia. Tidak semua orang mendapat apa yang diinginkan didunia ini.
Bak kata allayarham Tan Sri P. Ramlee dalam lagunya,

Saat yang bahagia,
 Datang sekejap saja

Kebahagiaan tidak selalu mendampingi kita. Mungkin ya dan mungkin tidak. Seseorang mungkin mengecap kegembiraan dengan hadirnya insan tersayang disisi atau mungkin dengan kekayaan yang dimiliki. Tetapi harus diingat. Kebahagian itu sementara sifatnya. Insan yang disayangi akan pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Harta yang dikumpul akan habis dan ia tidak akan dibawa bersama disaat jasad ditinggalkan diliang lahad.

HAHAHA...itu lah suara yang sering kita dengari disaat seseorang melalui detik-detik kegembiraan. Ia juga perkataan yang digunakan didalam khidmat pesanan ringkas (sms) bagi menggambarkan si dia terlalu gembira.

Tetapi, adakah HAHAHA menunjukkan kebahagian dan kegembiraan yang sebenar? atau ianya hanya topeng untuk menutupi kedukaan?



Sugul seseorang boleh diselindung oleh ketawa untuk tidak memberitahu yang lain, tetapi hati yang resah tidak boleh diselindung. Penderitaan itu ditanggung sendiri. Ada orang berpura-pura untuk gembira kerana bagi mereka tidak perlu heboh tentang duka yang dialami. Ada juga berpura-pura untuk mendapatkan kebahagiaan itu.

Kebagiaan yang sebenar-benarnya ialah apabila manusia terus hidup dalam bimbingan Al-quran dan Sunnah. Hidup untuk mencari keredhaan Tuhan.

Tidak perlu berduka jika tidak mencapai apa yang diingini sebaliknya redho atas ketentuan Illahi.
'kita merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah lah yang sebaik-baiknya'.

Serlahkan diri seadanya. Usah bertopengkan HAHAHA untuk terus bersama crowd. Kita adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan.

'Rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. Jadi, sentiasa bersemangat, sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. Dan kamu juga akan bertemu yang baik-baik'


Saturday 21 June 2014

...: Baikkah Aku :...


Saban hari menerima berita kematian.
Sebagai peringatan dalam kehidupan.

Semalam, aku mendapat berita tentang seorang pelajar UIA meninggal dalam kemalangan...direnungi namanya seakan aku tidak kenal. Aku sedaya upaya untuk menemukan gambar wajahnya. Satu persatu 'dinding' muka buku aku jengah. Akhirnya aku jumpa apa yang aku inginkan. Namanya di'click'.

Allah!
Aku kenal budak ini. Aku pernah berbual dengan beliau pada hari pilihan raya kampus sewaktu aku jadi petugas PRK dibilik mengundi. Ya. Benar kata sahabat aku yang lain. Beliau sangat peramah dan mudah tersenyum.

Berhenti dari lamunan dunia untuk seketika.

Dia telah dijemput illahi. Selamat menuju ke alam yang selalu diceritakan iaitu alam barzakh.
Bagaimana pula pengakhiran hidupku?

Perjalananku masih jauh beribu batu. Persoalannya, adakah perjalanan itu mampu meraih mardhotillah?

*****

Junjungan baginda telah bersabda bahawa orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati.
Sudah ramai pemuda-pemuda yang hebat dijalan dakwahnya kembali menghadap illahi. Mereka lah orang yang dinantikan Allah kerana ikhlas dan tabah dalam perjuangan. Kenapa harus mereka yang pergi dulu?

Mungkin perjuangan aku sebelum ini tidak ikhlas dan Allah mahu aku perbaiki hidup dan perjuangan aku. Ini merupakan satu peringatan untuk diri aku. Satu peringatan dalam meneruskan perjuangan dan menjadi kader-kader dakwah yang diredhoi.

Ya Allah,
Kau bantulah aku untuk terus kuat dan tabah dijalan-Mu,
Tetapkanlah hatiku dijalan-Mu,
Kau yang maha membolak balikkan hati,
Moga aku terus istiqomah dalam perjuangan.

ISTIQOMAH!

Saturday 10 May 2014

..: lUkIsAn RiNdU uNtUk KeKaSiH :..


Wahai Cinta Hati Tuhan,
Dimanakah Kau Disaat ini?
Salam Rinduku Buatmu Disana

Wahai Cinta Hati Tuhan,
Meski Kau Telah Dijemput Illahi,
Rinduku Padamu Tak Pernah Malap,

Wahai Cinta Tertinggi Tuhan,
Wasiatmu Kini Dikhianat,
Iman Umatmu Kini Sudah Jatuh!
Seperti Jatuhnya Hati Sahabatmu...
Disaat Tuhan Mahu Menjemputmu

Wahai Insan Yang Dirindui,
Seandainya Kau Disini,
Apakah Perasaanmu?
Gembirakah Kau Atau Sebaliknya?

Wahai Kekasih Tuhan,
Dirimu Sangat Dirindui,
Dirindui Oleh Mereka Yang Menusuri Setiap Langkahmu,
Moga Kami Dipertumukan...
Dengan Kau Wahai Cinta Sejati Yang Maha Esa

Sollu 'Alaik...

Sunday 30 March 2014

Semulia Tong Sampah


Ianya sangat diperlukan tetapi tidak mahu menonjol dipandangan umum.
Begitulah nasib tong sampah…sangat diperlukan tetapi tidak boleh ditunjukkan di mata umum. Disorok kewujudannya. Berfungsi sebagai tempat melupuskan segala yang sudah tidak berguna supaya tidak ‘mengganggu’ pemandangan awam.

Kotor! Inilah istilah yang dikaitkan dengan tong sampah.

Kotor dilihat sebagai sesuatu yang hina dan rendah dimata umum manakala bersih adalah suatu yang dipandang tinggi dan sifat bersih dipandang mulia.

Ada orang yang personalitinya seperti tong sampah. Tidak semestinya mereka yang bekerja sebagai tukang cuci. Tapi mereka sering menjadi individu yang diserahkan tugas yang tidak diminati atai tak glamour. Biasanya tugasnya dibelakang tabir yang tidak menonjol.

Dimajlis, mereka lah yang membuat persiapan awal dan keluar selepas majlis tamat untuk mengemas. Orang lain mungkin berada diatas pentas sebagai penghias majlis dan golongan tong sampah seakan tidak wujud namun kunci kejayaan terletak ditangan mereka yang dikenal sebagai personality tong sampah.

Anda termasuk golongan personality tong sampah?
Berbanggalah!

Usah berasa rendah diri kerana anda berpeluang menjadi insan mulia.

Thursday 16 January 2014

Sakhon: Pemuda Filipina berwajah Arab


Takdir menemukan aku dengan seorang remaja yang berusia 19 tahun. Beragama Buddha dan berbangsa Filipina tetapi fasih berbahasa melayu.  Merupakan seorang mahasiswa jurusan perfileman yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu Negara.

Tiga hari sebelumnya, aku menerima panggilan dari encik Syed, salah seorang wakil daripada sebuah syarikat media yang baru sahaja ditubuhkan. Aku terkejut. Bagaimana saudara ini bisa menemukan nombor panggilan aku. Bingung dan penuh tanda tanya. Masih didalam perbualan telefon bimbit aku bertanya dari mana dia mendapatkan contact aku. Lalu jawabnya, ‘saya bertanya kepada kenalan anda dilaman muka buku yang sama kampus dengan anda’. Baiklah, satu persoalan telah pun dirungkaikan namun masih ada satu persoalan lagi yang masih berlegar di fikiran iaitu apakah tujuan wakil syarikat ini menelefonku? Beliau menginginkan supaya satu tarikh ditetapkan bagi menjelaskan tujuan beliau menelefonku. Kami berdua berbincang lama bagi menetapkan tarikh yang sesuai untuk kami berjumpa kerana masa itu merupakan masa klimaks bagi kami para pelajar UIA untuk menduduki peperiksaan akhir semester.

Akhirnya, kami bersetuju dan menetapkan hari selasa untuk kami berjumpa supaya orang tersebut dapat memberitahu objektif dia yang sebenarnya. Bermacam andaian yang bukan-bukan bermain dikotak fikiran. Mana tidaknya, seorang yang tidak dikenali peribadinya ingin berjumpa kita. Dunia sekarang dikejutkan dengan bermacam-macam topik di dada akhbar yang melibatkan mahasiswa menjadi mangsa kepada sindiket tertentu. Ini yang merisaukan aku.

Kami berjumpa pada hari yang ditetapkan. Lelaki tersebut menjemputku dikampus dengan menaiki kereta jenis audi. Didalam kereta, lelaki yang membahaskan dirinya sebagai abang Syed menyanyakan khabar aku dan aku diperkenalkan dengan seorang remaja lelaki. Abang Syed memberitahu bahawa remaja itu adalah adiknya dan namanya ialah Sakhon. Pelik tapi apa yang mahu dihairankan kerana zaman sekarang ramai yang menggunakan nama yang ringkas dan pelik bunyinya. Tidak lama kemudian, abang Syed memberitahu lagi bahawa adiknya itu berasal dari Filipina dan dia bukan Muslim. Mataku membulat. Bagaimana keluarga yang beragama Islam boleh mempunyai adik yang bukan beragama Islam? Atau barangkali adiknya itu bertukar agama? Sekali lagi otakku diseliratkan dengan persoalan-persoalan sebegini. Akhirnya, Sakhon menceritakan segalanya. Dari awal pertemuan dia dan abang Syed di Istana Budaya sehingga ke hari kami berjumpa. Baru aku faham bahawa remaja itu bukan lah saudara kandung abanag Syed tetapi hanya panggilan sahaja.

Aku tidak menyangka Sakhon itu bukan Muslim. Wajahnya persis orang Arab.

Kami bercakap tentang Islam dan sama sekali dia tidak kekok untuk turut serta dalam perbincangan aku dan abang Syed. Sekali sekala dia bertanyakan tentang maksud-maksud perkataan arab yang sering didengarinya. Sehingga lah tiba waktu maghrib dan kereta dipandu menuju kesebuah masjid bagi menunaikan solat maghrib. Secara spontan dan bersahaja abang Syed mengajak Sakhon untuk sama-sama bersolat.

            ‘adik, jom lah ikut solat sekali’

            ‘BMW lah bang’ tersengih Sakhon membalas.

            ‘ha? BMW? Mana?’ aku dan abang Syed terpinga-pinga mencari BMW yang dikatakan.

Tiba-tiba Sakhon gelak terbahak-bahak.

            ‘apa lah abang Syed dan Amar ni. BMW itu maksudnya saya Belum Mandi Wajib lagi’ balasnya dengan seyuman yang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Selepas mendengar apakah yang dimaksudkan dengan BMW itu, baru lah kami faham dan terpaksa menahan gelak sambil melangkah kedalam masjid.

Pertemuan singkat aku dengan Sakhon membuka minda dan membetulkan persepsi yang selama ini aku menyangkakan bahawa orang bukan Islam akan membenci Islam. Tetapi tidak! Sangkaan aku meleset sama sekali. Tidak semua orang begitu. Dan ini lah yang dikatakan kasih sayang sesama manusia tidak kira walau berbeza bangsa dan agama. Dan Sakhon adalah seorang remaja yang terbuka mindanya untuk mengetahui tentang perbezaan antara slam dan agama-agama yang lain.       


Semoga remaja ini bertemu dengan kebenaran yang hakiki.