Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Sunday 9 December 2012

Maafkan Aku Duhai Sahabat



Ke hadapan sahabatku yang disayangi,

Terlebih dahulu, aku menghulurkan kedua belah tanganku memohon kemaafan kerana menganggu ketenteramanmu. Aku sangat memahami situasi dirimu yang mungkin terkejut dengan kehadiran insan kecil tanpa jangkaanmu. Sesungguhnya aku minta maaf sekiranya kehadiran surat ini membuatkan dirimu berasa tidak selesa dan sangsi kerana selama kita menjalinkan ukhuwah aku tidak pernah mengirimkan surat kepada kau.

          Sahabatku, meskipun kita berbeza pendapat dan pendirian, tetapi aku tetap menganggap kau sebagai saudaraku. Persahabatan kita sungguh akrab, sehingga kau dapat memahami keadaanku dan berasakan kita sudah ditardirkan untuk bertemu didalam satu usrah dan sekaligus menjadi teman rapat sehingga kini.

          Sahabatku, aku begitu kagum dengan sifat keberanian dan ketegasanmu dalam apa jua keadaan. Sedangkan aku seorang yang lemah dan mudah menyerah diri kepada nasib dan situasi yang aku sendiri tidak mampu mengendalikannya. 

          Sahabatku, tujuan surat ini dititipkan kepadamu adalah untuk memberitahu bahawa sesungguhnya kau seorang yang berani dan tegas. Namun rapuhnya peganganmu pada agama apabila hadirnya seseorang yang mungkin bagimu dia adalah bidadari dalam hidupmu, tetapi dia sebenarnya adalah sembilu beracun yang tersembunyi di sebalik keayuannya. Mungkin kau tidak merasakan tusukan sembilu itu tetapi ingatlah bahawa mereka disekelilingmu sedang menderita akibat tusukan sembilu itu. Mungkin akibat kelemahan diriku inilah yang membuatkan aku menjadi bacul kerana membiarkan dirimu terus 'bermain' dengan sembilu beracun itu. Aku berasa diriku telah membuat kesilapan yang teramat besar dalam hidupku. Kesalahan dan kelalaian yang melibatkan maruah diri. Kesucianmu diragut tanpa rela atas kelemahanku membuang sembilu itu.

          Sahabatku, namun begitu aku sedar dan aku tahu bahawa yang berdosa dan bersalah itu juga adalah diriku kerana aku gagal untuk mencegah dirimu dari terus lena dan leka dengan 'bidadari' yang membawa selautan sembilu kasih kepadamu.

          Oleh itu, sahabatku, sudilah kau terima diriku ini yang penuh dengan dosa yang menggunung. Sahabatku,sudilah kau menerimaku sebagai sahabat agar dapat kita bersama-sama kembali menuju jalan yang lurus. Sahabatku, jalan tarbiyah ini panjang dan memenatkan. Seandainya kau tersungkur, ingatlah bahawa jalan ini memerlukan kita untuk menempuhnya bersama.

          Terimalah diriku ini dengan kasih sayang kerana aku tidak mampu untuk memberi kasih sayang atas dosa yang ku lakukan terhadapmu kerana membiarkan dirimu sendirian, sehingga kau berjaya ditusuk sembilu yang dibawa oleh 'bidadari' itu. Nafsu manusia yang rakus mengatasi segala fikiran waras. Kesannya, bukan hanya kau seorang yang terpaksa menghadapinya tetapi aku juga.

          Sahabatku, aku ingin kau tahu bahawa surat ini ditulis bersama-sama dengan guguran mutiara jernih sebagaimana gugurnya seuntai doa demi kebaikan diriku dan dirimu. Pena ini menulis dengan iringan air mata dan doa kudusku.

          Akan ku pimpin tanganmu seeratnya berdasarkan kepercayaanmu terhadapku. Izinkan aku kerana aku sendiri tidak mampu dalam keadaan diriku yang lemah dan tidak terdaya. Sampai disini sahaja bicaraku, semoga kita akan berjumpa di suatu masa yang aku sendiri tidak pasti. Aku juga titipkan seuntai kata untuk dirasa:



Ya robbi, sudilah pandang kami,
Terangi jalan gelap,
Jangan biarkan aku terus sendiri,
Mencari dan mendaki
Ya robbi, Kau dengarlah doa ku ini.

Sekian, sahabatmu.

Sunday 11 November 2012

..:: ChIlL & cHeEr @ LORONG ::..





Assalamualaikum semua!!! Untuk entry kali ini agak special sedikit…hmmm…kenapa special? Sebab nya, program yang saya join kali ini agak berbeza pengalamannya…kalau sebelum ini saya hanya berprogram dirumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan sebagai fasiltator di sekolah sahaja…tetapi, pada 10/11/2012 saya telah mengikuti sebuah program yang dikenali sebagai ‘Food for Homeless’…


*****

Program ini adalah anjuran Psychology Students’ Association berkolaborasi dengan  Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan dari UiTM kampus Shah Alam…program ini diadakan di sekitar Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya…tujuan program ini diadakan adalah untuk mendekati golongan-golongan seperti penagih dadah, pelacuran/sex worker, mak nyah atau transsexual dan golongan miskin serta orang tua yang merempat kerana tiada tempat tinggal…oleh kerana kami semua tidak berpengalaman dalam lapangan kerja seperti ini, kami dengan kerjasama dan bantuan dari ‘Cure & Care Service Center’ (CCSC)Chow Kit yang diselia sepenuhnya oleh Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk bersama-sama menjalankan program ini…




****
“ishhh…takut nya…” kata seorang sahabat dari UiTM
Majoriti daripada kami tidak pernah turun ke lapangan aktiviti seperti ini…dan ini merupakan pengalaman pertama kami untuk mendekati golongan yang ‘kurang bernasib baik’ disekitar ibu kota…perasaan kami ketika itu bercampur baur…kami sangat teruja kerana ini pengalaman pertama kami, dalam masa yang sama kami sedikit gementar untuk bertemu dengan mereka…

*****

Bagi mempercepatkan aktiviti, kami berpecah kepada dua kumpulan…kumpulan saya akan ke lorong haji taib dan kawasan sekitarnya dan kumpulan kedua akan ke kawasan terbuka…dalam aktiviti ini, kami mengedarkan 200 bungkus makanan, air mineral, sabun mandi, berus dan ubat gigi, roti dan tuala wanita (untuk wanita sahaja…^_^) kepada golongan-golongan seperti yang disebutkan…kami dibantu oleh seorang doctor muda yang berusia 26 tahun lulusan dari Monash University…Doctor Danial akan memeriksa keadaan mereka dan memberikan ubat kepada mereka sekiranya mereka tidak sihat…


Dr Danial sedang memeriksa salah seorang homeless...






*****
Mereka sangat gembira apabila masih ada yang mengambil berat tentang diri mereka…kerana kegembiraan itu jelas terpancar di wajah mereka…ada yang baru sahaja mengucapkan kalimat syahadah…alhamdulillah…mereka sedar…tidak hairan pula ada yang memberi nasihat kepada kami…





Khusyu mendengar nasihat daripada uncle ini....^_^



‘kamu semua belajar rajin-rajin tau…semoga Allah memberkati kamu semua…’ kata seorang warga india kepada kami…
Ada yang diantara kami terkejut kerana mereka tidak mempunyai pendidikan yang begitu tinggi tetapi mampu memberi sesuatu yang memberi impak kepada kami…orang pernah berkata ‘jangan lihat siapa yang bercakap, tetapi lihat apa yang dicakapkan’… tidak kira siapa mereka sekalipun, setiap kata-kata dari mereka kita ambil untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita…

*****

Alhamdulillah…aktiviti tamat pada jam 11.30 malam dan kembali ke pejabat CCSC…kami melakukan sharing moment atau dibreifing  tentang sepanjang aktiviti turun ke lapangan…ada yang kata begitu…ada yang kata begini…pada awal program, masing-masing dengan negative judgement tentang golongan ini …tetapi, setelah merasa sendiri untuk bertemu dengan mereka…baru lah negative judgement tadi bertukar kepada positive…sedikit sebanyak kami dapat salami jiwa mereka…mereka turut berkongsi masalah dengan kami…mereka sangat sporting
Akhir nya, kita jangan lah terlalu suka menghukum…sebalik nya kita cuba untuk mendekati mereka dan tahu isi hati mereka…mudah-mudahan pintu hati mereka terbuka untuk menerima cahaya ke pangkal jalan…amin…


My crew pass


Berkumpul di hadapan Pejabat Agung Pas
^_^







Hasil tulisan salah seorang homeless...








Berbual dengan salah seorang homeless...





Penyampaian cenderahati dari wakil UIAM kepada wakil CCSC

Penyampaian cenderahatai dari wakil UIAM kepada wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Uitm

Penyampaian cenderahati dari wakil Uitm kepada wakil CCSC

Penyampaian cenderahati dari wakil UiTM kepada wakil UIAM

Saturday 27 October 2012

..::FiTrAh kHaDiJaH::..




Setiap yang terjadi ada cerita yang tersembunyi
Namun kau tidak dapat menolak takdir Ilahi
Bukan kehendak mu untuk seperti ini
Tetapi kehendak Dia untuk menguji mereka disekeliling mu

*****
Fitrah Khadijah...ermmm...sungguh indah nama tu kan???Pada pertemuan pertama aku dengan dia sungguh menggembirakan...

Pertemuan ini berlaku apabila seorang sahabat aku mengajakaku untuk menjadi salah seorang petugas untuk program yang akan diadakan di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor...program itu berlangsung selama sehari sahaja..tetapi aku dan sahabat-sahabat lain yang terlibat telah bertolak dua hari awal...ini kerana kami bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program yang bakal dijalankan, bahkan, kami juga akan menerima keluarga angkat di kampung tersebut...kami telah dipecahkan ke beberapa kumpulan..dan satu kumpulan untuk satu keluarga....dan aku serta dua orang rakan yang lain terpilih untuk menjadi anak angat kepada ketua kampung, ayah Kandar...

*****

Hampir setiap malam aku dan rakan-rakan sibuk menyiapkan tugasan di balai raya...tidak lupa juga kepada mak angkat kami, ummi Saimah yang turut bertungkus lumus bersama kami bagi memastikan program berjalan dengan lancar...ummi masih setia bersama kami walaupun ummi terpaksa meninggalkan anaknya buat seketika...ummi Saimah menjadi tempat kami bergurau...secara fizikal nya ummi tampak tenang melayan kerenah kami...tetapi tidak siapa pun yang tahu isi hati ummi...dalam kesibukan ummi melayan pe'el kami...namun ummi tidak lupa akan tanggungjawab nya sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada tiga orang anak... ummi mempunyai seorang anak yang sangat istimewa yang bernama Fitrah Khadijah yang menghidap Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)...

Ummi tidak seperti sesetengah ibubapa yang tidak sanggup membela anak yang menghidap penyakit seperti ini...tapi ummi tabah menghadapi segala cabaran dalam mendidik Fitarah...ummi masih kuat untuk melayan kerenah Fitrah...


Fitrah sudah hampir lima tahun...tetapi dia tak seperti kanak-kanak lain...Fitrah sangat istimewa....

aku mula mengenali Fitrah bila ummi bawa Fitrah bersama-sama ke balai raya...pada awal nya aku tidak tahu keadaan Fitrah yang sebenarnya...tapi ummi sudah terangkan kepada aku...Fitrah seorang yang sangat manja orangnya...semasa di balai raya...aku dan Fitrah banyak bermain bersama...kadang-kadang seronok melayan kerenah Fitrah...


*****

Setelah hampir setahun saya meninggalkan kampung Sungai Lang dan juga Fitrah serta ummi...alhamdulillah...

pada syawal 1433H aku sekeluarga sempat berkunjung kerumah ummi Saimah dan suami, ustaz Ismadi...


Ummi, Fitrah mana?
Itulah ungkapan pertama sebaik menjejakkan kaki kerumah ummi....sudah lama aku tidak bertemu dengan Fitrah...
Fitrah kelihatan sangat seronok bila dapat jumpa dengan 'abang'nya..hehe...

Fitrah, kenapa buat abang macam tu!!!
Tegah ummi sebaik melihat Fitrah menarik rambut aku....namun, sebagai seorang yang faham akan kondisi Fitrah...aku membiarkan sahaja perbuatan Fitrah itu...ermmm...aku hampir menumpahkan air mata kerana terlalu seronok dapat berjumpa dengan Fitrah setelah sekian lama tidak bertemu...subhanallah...sangat seronok...aku dapat menyuapkan Fitrah tauhu terbalik dan juga jus Roselle yang ummi sediakan...pertemuan singkat dengan Fitrah membuatkan aku sangat gembira...alhamdulillah...
Pertemuan itu datang nya dari Allah
Perpisahan itu juga milik Allah
Setiap yang bertemu akan berpisah
Hanya menanti pertemuan seterusnya 

*****
aku sangat kagum dengan ummi Saimah dan suami, ustaz Ismadi kerana tabah melayari liku-liku kehidupan disamping menjaga Fitrah...seharusnya, para ibubapa perlu menjadikan ummi sebagai sumber inspirasi untuk terus menjaga anak-anak yang senasib dengan Fitrah...mereka bukan menyusahkan tetapi mereka adalah ujian buat mereka yang bergelar ibu dan bapa...mereka tidak dipinta untuk dilahirkan sebegitu...mereka adalah 'hadiah' dari Allah yang sangat istimewa...

Coretan memori bersama Fitrah

Bersama Fitrah di pantai Morib.....






Fitrah Khadijah ^_^






Keluarga saya dan keluarga ummi Saimah serta suami
syawal 1433H

Kehidupan itu sangat indah seperti pelangi
Setiap dari mereka ingin menggapai pelangi
Bersabar lah, pelangi itu akan muncul dalam hidup mu
Keindahan pelangi akan terus bersinar 
Seperti sinarnya sang bulan kepada sang bumi...
Note: ummi Saimah dan ustaz Ismadi
         Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor


Friday 21 September 2012

.:: SeLaMaT TiNgGaL ::.



Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa untuk manghilangkan penat.
Sepertinya aku berasa sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Sementara anak-anak dan isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di muka ku.
Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya yang berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba-tiba sudah berada di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu.
Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba-tiba aku merasa dada ku sesak, sukar sekali untuk bernafas.
Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.
Yang aku rasakan waktu itu seperti ada ada sesuatu yang berjalan perlahan dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…
Ya Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku??
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.
Sakit rasanya, amat teramat sakit..
Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…
Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbeliak… air mataku seolah tak berhenti.
Tangan dan kakiku terasa kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.
Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.
Aku heran… isteri dan anak-anak ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba-tiba terkejut berhamburan ke arahku..
Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.
Badannya dingin kulitnya membiru.
Siapa dia???
Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. lebih-lebih lagi isteriku
seolah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi…
Siapa dia???
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.
Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..
Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.
Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.
Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..
Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tidak mendengarkan aku.
Seolah mereka tidak melihatku…
Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.
Aku telah mati… aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka ..tidak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.
Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.
Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.
Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.
Aku mati dalam keadaanku belum solat.
Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.
Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

*****
~TAMAT~

.:: kEmBaRa UsRaH ::.




Ku memberhentikan langkah buat seketika di sebuah tempat
Begitu asing buatku selama ini
Lalu ku terus mencari sesuatu untuk menenangkan fikiranku
Keadaan dan suasana yang begitu berlainan

Seorang insan yang tidak diundang menghampiriku
Segalanya tidak diduga bagaikan membawa segala perasaan
Segalanya bagaikan berada dalam syurga hidup kita

Ku terus menghanyutkan dirimu ke tengah lautan
Bisikan ombak yang begitu tenang sekali
Keheningan malam yang ku tunggu-tunggu selama ini
Wangian dan kelembutan yang ku cari selama ini
Melemparkan senyuman yang melahirkan seribu makna bagi diriku

Lantas bila ku bukakan mata, ia bagaikan mimpi mainan tidurku
Lalu ia memulakan satu lagi episod dalam hidupku

Sunday 26 August 2012

..::Kau Kekasihku::..



Ya, memang saya x 'sweet' se'sweet' mereka
Memang saya x 'romantis' se'romantis' mereka

Saya bukan seperti mereka yang pndai 'melayan'
Saya bukan sperti meraka yg selalu menceriakn hidupmu

Ya,saya bukan semua itu

Tetapi, insyaallah, 'sweet' dan 'romantis' saya hanya untuk DIA
Kerana DIA tetap 'melayan' saya hatta saya lupa pada-Nya
DIA akan tetap menceriakan hidup saya tika saya keseorangan
DIA tidak pernah berasa cemburu
DIA lah kekasihku..Allahu robbi...

Thursday 23 August 2012

::Syawal Yang Syahdu::



Entah mengapa jiwa aku meronta
Seperti tidak ada perasaan untuk menyambut kedatanganya
Di saat takbir bergema
Aku merasa sungguh hiba
Mengapa?

Sedang mereka asyik memilih busana
Sementera aku masih termanggu
Allah...
Mengapa perasaan ini tidak seperti sebelumnya
Mungkinkah aku semakin jauh dari dakapan Kau?

Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar...
Takbir terus mengalunkan irama syahdunya
Tapi aku masih termenung
Jendela coklat menjadi saksinya

Hiba rasa nya tatkala melihat 
Anak kecil, jiran tetangga
Sibuk mempersiapkan keluarga masing-masing 
Untuk pulang ke kampung halaman

Genang air mata terus ku tahan daripada terkeluar dari bekasnya
Betapa tersiksanya jiwaku
Namun tak siapa yang mengerti akan penderitaan ku
Tersembunyi di sebalik raut wajah yang girang
Namun dada yang berombak deras tak siapa tahu 

Hanya kepada Dia aku luahkan segala isi hati
Hanya Dia yang memahami
Ya, hanya Dia

Bimbing lah aku sekiranya aku tersasar
Tarik lah aku jika aku terjatuh
Suluhkan jalan bagi ku
Tuntuni lah langkah ku
Agar kegembiraan menjadi milik ku
Mungkinkah ada kegembiraan untuk hari esok?  


Sunday 12 August 2012

.::Jangan Tutup Tingkap itu!!!::.

'Setiap yang hidup pasti akan merasai mati' pasti dan pasti......
Itu lah Kalamullah yang dirakamkan didalam kitab suci, Al-Quran....tetapi, cara kematian itu berbeza dengan setiap individu...sesiapa pun tidak akan mengetahui bagaimana keadaan dan rasa nya....mungkin juga ada yang akan 'tahu' tarikh dan waktu kematiannya...lain pula bagi mereka yang memburu syahid...bagi nya kematian itu adalah sesuatu yang sangat indah...itu lah syahid yang dikejarkan setiap mujahidah...

Rasulullah (saw) sendiri merasa saat getir tika Izrail menarik keluar nyawa baginda....baginda tetap merasa kesakitan itu...bagaimana dengan kita yang hanya manusia biasa?

*****

Ingin saya kongsikan satu kisah yang menyayat barangkali, tatkala sakaratulmaut bertandang....kisah ini disaksikan sendiri oleh saya....dia adalah arwah atuk saudara saya...

*****

Arwah pernah dilantik sebagai ketua kampung bagi kawasan kampung teras jernang, Bandar Baru Bangi...beliau sangat tegas orang nya...sesiapa yang memandang wajah nya pasti gerun melihat nya...tetapi beliau sangat penyayang dan baik hati...teramat sangat...saya memanggil beliau dengan panggilan Tok Su...

Sepanjang tok su memegang jawatan sebagai ketua kampung...banyak aktiviti yang menarik dijalan di kampung itu...hehehe..sesekali terbit perasaan bangga kerana ketua kampung itu dari keluarga saya juga...^_^

*****

Semasa tok su menggalas tanggungjawab sebagai ketua kampung...tok su sebenarnya menghadapi beberapa komplikasi penyakit...namun dia gagah menggalas bebanan itu...

Setelah tempoh tok su sebagai ketua kampung tamat...komplikasi penyakit yang dialami nya semakin teruk...
namun, tak siapa yang tahu akan penderitaan tok su kecuali isteri nya yang kedua, mok su ana....
tok su berkahwin satu lagi kerana amanat dari allayarhamah isterinya yang pertama....

Sungguhpun dalam kesakitan tok su mampu menggembirakan kami semua...dengan telatah nya yang lucu...kadang-kadang kami tertawa mendengar percakapan dia....

*****

Semasa hayat nya masih ada...tok su sempat berpesan katanya ' kita kalau senang jangan cakap susah...nanti susah betul-betul baru tau..'

Sebab nya, tok su tidak pernah menghampakan sesiapa yang datang kepada nya memohon bantuan..walaupun dia terpaksa membari duit kepada orang itu...walaupun saya tahu yang tok su sendiri bukan orang yang senang...tetapi untuk tidak menghampakan harapan orang..dia sanggup bersusah demi untuk melihat orang lain gembira...

*****

Sampai lah masa nya.... 5.30 pagi, hari Jumaat, 10.8.2012 bersamaan dengan 21 Ramadhan..
'tuk tuk tuk!!!!!assalamualaikum!!!'
'Aji oh aji!!!!' pak cik saya datang....
Pak cik saya ni duduk kat sebelah je...

'waalaikumsalam...kenapa?' tanya ayah 
'pok su mahat dah meninggal...' jawab pak cik..
Saya yang mendengar bagai tak percaya...betul ke? bermonolog sendirian....
'betuk ke Amir' tanya ayah seolah tak percaya...
'betul...'
Lantas ayah menyuruh mak bersiap...mak yang terpinga-pinga bertanya ' kenapa bang?'
'pok su meninngal' jawab ayah ringkas...
 Setiba di rumah tok su, kelihatan orang ramai sudah memenuhi perkarangan rumah...ada yang sibuk menyiapkan tempat untuk memandikan jenazah...ada yang baca yasin..tidak kurang pula anak-anak kecil berlari kesana kemari...mereka masih tidak mengerti...

Setelah sampai di rumah arwah, saya terus masuk ke dalam dan duduk...saya terus mencapai yasin dan membaca nya...seusai membaca surah yasin saya terus merangkak ke sebekah jenazah..saya buka kain putih yang menutupi muka jenazah...Allah...tanpa disedari saya menitiskan air mata...muka nya sangat manis seolah-olah ada nur diwajah jenazah...

****

Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir iaitu pada hari Khamis, 9.10.2012, arwah teringin sangat untuk berjumpa dengan kakak nya...arwah hanya mempunyai dua beradik...kakak nya Sare'ah Bt Abdul Rahman adalah nenek saya...sejak arwah sakit dan sering keluar masuk wad...dia jarang berjumpa dengan kakak nya....

Nenek membahasakan diri nya sebagai yah dan arwah sebagai yat (Mahat B Abdul Rahman)....

Bila nenek sampai di rumah arwah...nenek terus duduk di sebelah arwah....arwah dalam keadaan nazak masih mampu berkata-kata...
'kak, yat rindukan kakak...' 
Nenek yang tidak mampu berbuat apa-apa hanya menitiskan mutiara-mutiara kecil...tidak mampu mengeluarkan sepatah kata untuk membalas percakapan adik nya itu...tiba-tiba nenek mula bersuara..
'yat, yah tutup tingkap ye...nak mahgrib dah ni..' tanya nenek dengan suara sedikit menggigik menahan sedih...
Lalu arwah dengan tersenyum menjawab 'jangan!!! jangan tutup tingkap tu.. Saodah( arwah isteri) dah tunggu yat kat luar tu...Saodah nak jemput yat...'



Kami yang berada disekeliling arwah seolah dapat meneka apa yang akan berlaku selepas ini....mungkin ini hari terakhir tok su...
Anak-anak arwah terus menangis.....

****

Tekaan kami betul rupa-rupanya...setelah puas berjumpa dan berbual dengan kakak nya...tok su menghembuskan nafas yang terakhir pada keesokan hari jam 5.30 pagi hari Jumaat bersamaan 21 Ramadhan...

****
Allah menjemput arwah dalam keadaan yang baik...alhamdulillah....

Sebak dada seolah-olah ada bongkah batu yang besar menindih....Allah telah menetapkan segala nya...
Takdir tidak boleh dilawan...yang hidup hanya mampu meneruskan hidup yang masih berbaki entah berapa lama lagi...hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan arwah...

Kini hanya tinggal kenangan...

Wallahua'lam...

Thursday 9 August 2012

.::Berakhir Dengan Kalimah 'Kucing'::.

..........Bismillahirrahmanirrahim..........



Kucing merupakan haiwan ciptaan Allah yang sangat comel.....Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad (saw)...

Dasawarsa kini, ramai orang menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharan kerana sifat nya yang manja...
sesetangah keluarga yang tidak dikurniakan zuriat turut menjadikan haiwan ini sebagai peneman dikala sunyi..sebagai penghibur dikala sepi....

Tetapi....ada juga manusia yang sangat anti terhadap haiwan ini....anggapannya ialah haiwan ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit....adakah tanggapan ini sah?

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan yang bersih kerana Rasullah sendiri pernah berwudhu dengan air yang pernah dijilat oleh kucing....

Sebagai makhluk ciptaan-Nya, kita hendaklah berbuat kebaikan atau melakukan ihsan terhadap seluruh ciptaan Allah...termasuk pokok-pokok, haiwan dan sebagai....bersikap ihsan tidak terhad kepada manusia sahaja....

Benci

Sehubungan dengan itu, suka saya berkongsi satu cerita benar yang berlaku di Negeri Sembilan....kisah seorang lelaki yang bergelar Haji yang mana dia sangat tidak menyukai haiwan yang bernama kucing...

*****
Hampir setiap hari lelaki ini menyiksa haiwan itu jika mereka bertandang kerumahnya....ada yang cacat...tidak kurang pula ada yang mati....hari demi hari terus berlalu....namun, sikap nya semakin hari semakin teruk....makin banyak haiwan comel itu menderita kesakitan...anak-anak kehilangan ibu..mahupun ibu kehilangan anak....

Entah kenapa lelaki ini sungguh benci terhadap haiwan-haiwan itu...gelaran Haji yang disandang tidak menggambar peribadi yang sebenarmya....sungguh biadab!! mereka juga mempunyai perasaan cuma tidak boleh diekspresikan dengan kata-kata.... hmmmm....sungguh malang nasib kau wahai kucing...



          Meowww!!!!!Meowww!!!! 
itu lah tangisan yang tidak diendahkan oleh manusia yang hidup hanya mementingkan diri sendiri....dengan bongkak nya dia menuli kan telinga tidak mahu mendengar tangisan kau...

Kejam sungguh lelaki tua itu itu....seperti singa kelaparan yang rakus meragut daging-daging haiwan buruannya...sudah tidak ada bezanya dengan rejim zionis yang yang sesuka hati merampas tanah suci Palestin itu...sehingga lah tiba masa nya...

Pernah suatu hari lelaki ini mengutip semua kucing-kucing yang datang kerumah nya...lalu dimasukkan kucing itu kedalam guni...di ikat lalu dibuang ke sungai....

*****

          Arghhhhh!!!!!
Sekarang sudah tiba masanya untuk kau merasai apa yang mereka rasa selama kau merobek diri mereka...
Allah itu maha adil, bukan?

Disaat kau terbaring kaku, kau tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengerang kesakitan...disaat sakaratulmaut menjenguk, tiada ucapan yang dapat diungkapkan selain menyebut 'kucing...kucing...'

Begitu lah rentetan untuk hari-hari seterusnya....disaat isteri melihat buat kali terakhir...tiada apa yang kau boleh lakukan selain menyebut nama haiwan yang kau siksa dahulu....

      'abang, ini minah bang...'kata si isteri dengan lembut menahan kesedihan..

      'kucing...kucing...kucing....' jawab si suami tatkala nyawa sudah berada di pangkal kerongkong...

'Kucing...kucing...kucing...' hanya itu yang mampu diungkapkan oleh lelaki itu...walau syahadah dibisikkan ke telinga...

Sekarang sudah tiba saat nya untuk Allah mengambil semula apa yang telah dia pinjamkan ke dunia yang bernama manusia...

Buat kali terakhir pak imam mengajarkan kalimah tauhid lailahaillallah...namun, keputusan menghampakan...lelaki itu tetap menyebut 'kucing...kucing...kucing...' sehingga lah nyawa nya habis disentap keluar melalui ubun-ubun nya.....

Lelaki Haji yang dahulu nya menyiksa kucing telah meninggalkan dunia ini selama-lama...
Hidup nya berakhir bukan dengan kalimah tauhid tetapi dengan kalimah 'KUCING'...

***TAMAT***


p/s:  berlaku ihsan lah dengan semua makhluk ciptaan Allah...moga-moga kita berakhir dalam keadaan husnul khatimah dan bukan suul khatimah...

Sekian...

Wednesday 8 August 2012

...:PenGalAMan PerTama:...

Alhamdulillah.....

Syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat sihat yang tidak dapat diperoleh di mana-mana...

Sekarang dah masuk 2 bulan cuti semester UIAM...buat sahabat yang buat shortsem selamat maju jaya diucapkan...^_^

Ada hadis yang mengatakan 'bahawasa nya seburuk-buruk orang adalah orang yang menganggur'..jadi, lakukan laah aktiviti yang berfaedah pada musim cuti....mase cuti ni pun ade banyak program jugak, sebab sy terlibat dengan syarikat luar yang mana syarikat ni organised program m0tivasi untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR....sy sebagai fasilitator je...hehe..


GENIUS AULAD TEAM ^_^

Firstly, the purpose of joining this program is to help those students with the knowledge that i have even just a little....wa!!!!! speaking pulak..hehehe....sebab Nabi Muhammad (s.a.w) telah bersabda "sampaikan kepadaku walau satu ayat"....hadis ini jelas menunjukkan bahawa kita hendaklah berkongsi ilmu yang ada pada kita  walaupun ilmu tu tak seberapa.....

Sebenarnye, sy ni seorag yang pemalu..hehe..so, untuk hilang kan rase malu tu sy take the challenge and put away that shyness...mula-mula memang menggeletar berdiri kat depan adik-adik tu..tapi bila dah lame-lame ok la...banyak jugak syarikat ni buat program...yang penting seronok dan ikhlas....

Ok...bila tengok balik jadual program...banyak free..so, sy pun cari la part-time job...

Alhamdulillah...pada bulan yang pertama sempat jugak sy buat part-time job sebagai cashier kat salah sebuah syarikat petronas kat kawasan bangi...ermmmm....ingat kan senang jadi cashier ni...rupa-rupanya 'indah khabar dari rupa'..hahaha....fuhh..sangat meletihkan..memang x senang duduk lah...jap..ermmm...apa kate sy cerita time interview....


Cara interview nye santai je....biasa lah...mase interview tu die suruh cerita sikit pasal latar belakang diri....orang yg interview tu nama nye kak pah (nama panggilan)....lepas tu macam-macam lah kak pah soal..antaranya, sanggup ke keje malam? boleh tak kalau waktu raya nanti kene keje? pastu banyak lagi...
pastu kak pah ade pesan...'kite sume ni sama je..tak kira lah kite ada ijazah atau tak..'

Hari Pertama

Masa interview kak pah ade cakap kalau kerja kat petronas semua kerja kite buat dari cuci tandas sampai lah jaga kat forecourt....sy start keje hari selasa shift pagi pukul 7...mula-mula sampai terus masuk stesen lepas tu jumpe senior and die bagi briefing sikit pasal apa yang patut sy buat....mula-mula sy cuci tandas...mase tengah cuci tu tetiba teringat satu kisah tentang Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat...
nak dijadikan cerita macam ni...

Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang dari kuliah Tuan Guru meminta pemandunya berhenti di salah satu hentian rehat kerana Tuan Guru memberitahu beliau ingin menunaikan qiammullail....lalu Tuan Guru pun turun dari kereta dan tinggal pemandu seorang...pemandu tadi tertidur..apabila pemandu tersedar dari tidur nye..die bimbang kerana Tuan Guru masih lagi belum selesai kerana waktu pada masa agak tengah malam...lalu pemandu tadi berusaha mencari Tuan Guru...nak tau tak pemandu Tuan Guru jumpa Tuan Guru Kat mana?...........alangkah terkejutnya pemandu tadi kerana die terjumpe Tuan Guru sedang mencuci tandas dengan menggunakan tangan beliau sendiri..tanpa menggunakan sarung tangan....lalu pemandu tadi bertanya kepada Tuan Guru: "mengapakah Tuan melakukan semua ini?"....lalu Tuan Guru menjawab: "dengan cara ini aku dapat menurukan ego ku"....masyaallah....

Mungkin jugak Allah menghantar ku untuk mencuci tandas adalah untuk menurunkan ego ku....bila terkenang akan kisah Tuan Guru tadi...perasaan malu untuk mencuci tandas serta merta hilang...moga-moga dengan cara itu sy dapat merendahkan ego sy.....

FORECOURT...
Tukar Post

Selepas bertugas di bahagian forecourt, sy ditukar ke bahagian cashier.hahaha....sy ni seorang yang tak suka math kena pulak jadi cashier..mau tak sengsara jiwa...hahaha....masa mula-mula kat post tu..kak pah yang ajar sy macam mana nak guna mesin cashier tu...siap pegang pembaris lagi tu kak pah...hahaha...nervous dibuatnya....pastu kak pah bagi sy nametag....^_^

HEHEHE.....
Rupa-rupanya memang susah jadi cashier ni.....selama ni tengok mcm senang je....tapi bila dah buat sendiri baru tau susah ke senang...

Bila dah kerja baru tau betapa susah nya ibubapa kite cari duit untuk kite...huhu...

Tapi sayangnya sy kerja x lame...sebulan je...lepas tu sy berhenti atas sebab-sebab tertentu...:)

Apa-apa pun ini merupakan pengalaman yang paling menarik..sebab sy dapat merasa suasana sebagai seorang yang bekerja...banyak jugak pengajaran yang sy dapat semasa bekerja....kite kene lah kawal emosi dalam melayan kerenah pelanggan....hahaha...daripada yang kecik sampai lah ke tua...macam perangai...hahaha...'sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar'....insyaallah berkat dari kesabaran itu sangat indah....^_^

Rasa nya ini sahaja yang sy nak kongsikan untuk kali ini...semoga cerita yang disampaikan dapat sama-sama kite ambil untuk dijadikan pengajaran....


Wallahu'alam...
Assalamualaikum...
^_^

Monday 6 August 2012

ALHAMDULILLAH...

Blog sy yang pertama setelah sekian lama dalam perancangan akhir nye dapat disiapkan..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan izin nya blog ini dpt disiapkan..
Insyaallah segala penulisan di dalam blog ini berkisarkan kehidupan harian sy dan juga apa yg berlaku disekeliling...
Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kite semua...

Sekiranye penulisan ini terdapat kekurangan, dialu-alukan kepada anda untuk memberi sebarang cadangan supaya penulisan ini dapat diperbaiki..biiznillah..

^_^
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Penulisan saya baru belajar,
Segala salah dan silap harap dimaafkan.
Syukran