Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Thursday 10 July 2014

..: HAHAHA: antara kebahagiaan dan penderitaan :..


'kebahagiaan ialah kejayaan mencapai apa yang diinginkan'

'kebahagiaan bukan apa yang kita lakukan tapi bagaimana kita melakukannya'



Tidak semua orang merasai nikmat bahagia. Tidak semua orang mendapat apa yang diinginkan didunia ini.
Bak kata allayarham Tan Sri P. Ramlee dalam lagunya,

Saat yang bahagia,
 Datang sekejap saja

Kebahagiaan tidak selalu mendampingi kita. Mungkin ya dan mungkin tidak. Seseorang mungkin mengecap kegembiraan dengan hadirnya insan tersayang disisi atau mungkin dengan kekayaan yang dimiliki. Tetapi harus diingat. Kebahagian itu sementara sifatnya. Insan yang disayangi akan pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Harta yang dikumpul akan habis dan ia tidak akan dibawa bersama disaat jasad ditinggalkan diliang lahad.

HAHAHA...itu lah suara yang sering kita dengari disaat seseorang melalui detik-detik kegembiraan. Ia juga perkataan yang digunakan didalam khidmat pesanan ringkas (sms) bagi menggambarkan si dia terlalu gembira.

Tetapi, adakah HAHAHA menunjukkan kebahagian dan kegembiraan yang sebenar? atau ianya hanya topeng untuk menutupi kedukaan?



Sugul seseorang boleh diselindung oleh ketawa untuk tidak memberitahu yang lain, tetapi hati yang resah tidak boleh diselindung. Penderitaan itu ditanggung sendiri. Ada orang berpura-pura untuk gembira kerana bagi mereka tidak perlu heboh tentang duka yang dialami. Ada juga berpura-pura untuk mendapatkan kebahagiaan itu.

Kebagiaan yang sebenar-benarnya ialah apabila manusia terus hidup dalam bimbingan Al-quran dan Sunnah. Hidup untuk mencari keredhaan Tuhan.

Tidak perlu berduka jika tidak mencapai apa yang diingini sebaliknya redho atas ketentuan Illahi.
'kita merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah lah yang sebaik-baiknya'.

Serlahkan diri seadanya. Usah bertopengkan HAHAHA untuk terus bersama crowd. Kita adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan.

'Rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. Jadi, sentiasa bersemangat, sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. Dan kamu juga akan bertemu yang baik-baik'


No comments:

Post a Comment