Hold My Hand and Bring Me To The Peak

Hold My Hand and Bring Me To The Peak
"...HE bring the sunsets to me..."

Saturday 21 June 2014

...: Baikkah Aku :...


Saban hari menerima berita kematian.
Sebagai peringatan dalam kehidupan.

Semalam, aku mendapat berita tentang seorang pelajar UIA meninggal dalam kemalangan...direnungi namanya seakan aku tidak kenal. Aku sedaya upaya untuk menemukan gambar wajahnya. Satu persatu 'dinding' muka buku aku jengah. Akhirnya aku jumpa apa yang aku inginkan. Namanya di'click'.

Allah!
Aku kenal budak ini. Aku pernah berbual dengan beliau pada hari pilihan raya kampus sewaktu aku jadi petugas PRK dibilik mengundi. Ya. Benar kata sahabat aku yang lain. Beliau sangat peramah dan mudah tersenyum.

Berhenti dari lamunan dunia untuk seketika.

Dia telah dijemput illahi. Selamat menuju ke alam yang selalu diceritakan iaitu alam barzakh.
Bagaimana pula pengakhiran hidupku?

Perjalananku masih jauh beribu batu. Persoalannya, adakah perjalanan itu mampu meraih mardhotillah?

*****

Junjungan baginda telah bersabda bahawa orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati.
Sudah ramai pemuda-pemuda yang hebat dijalan dakwahnya kembali menghadap illahi. Mereka lah orang yang dinantikan Allah kerana ikhlas dan tabah dalam perjuangan. Kenapa harus mereka yang pergi dulu?

Mungkin perjuangan aku sebelum ini tidak ikhlas dan Allah mahu aku perbaiki hidup dan perjuangan aku. Ini merupakan satu peringatan untuk diri aku. Satu peringatan dalam meneruskan perjuangan dan menjadi kader-kader dakwah yang diredhoi.

Ya Allah,
Kau bantulah aku untuk terus kuat dan tabah dijalan-Mu,
Tetapkanlah hatiku dijalan-Mu,
Kau yang maha membolak balikkan hati,
Moga aku terus istiqomah dalam perjuangan.

ISTIQOMAH!

No comments:

Post a Comment