Assalamualaikum semua!!! Untuk entry kali ini agak special
sedikit…hmmm…kenapa special? Sebab nya, program yang saya join kali ini agak
berbeza pengalamannya…kalau sebelum ini saya hanya berprogram dirumah anak-anak
yatim, rumah orang tua dan sebagai fasiltator di sekolah sahaja…tetapi, pada
10/11/2012 saya telah mengikuti sebuah program yang dikenali sebagai ‘Food for
Homeless’…
*****
Program ini adalah anjuran Psychology Students’ Association
berkolaborasi dengan Persatuan Mahasiswa
Fakulti Pendidikan dari UiTM kampus Shah Alam…program ini diadakan di sekitar
Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya…tujuan program ini diadakan adalah
untuk mendekati golongan-golongan seperti penagih dadah, pelacuran/sex worker, mak nyah
atau transsexual dan golongan miskin serta orang tua yang merempat kerana tiada tempat tinggal…oleh
kerana kami semua tidak berpengalaman dalam lapangan kerja seperti ini, kami
dengan kerjasama dan bantuan dari ‘Cure & Care Service Center’ (CCSC)Chow Kit yang
diselia sepenuhnya oleh Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) untuk bersama-sama menjalankan program ini…
****
“ishhh…takut nya…” kata seorang sahabat dari UiTM
Majoriti daripada kami tidak
pernah turun ke lapangan aktiviti seperti ini…dan ini merupakan pengalaman
pertama kami untuk mendekati golongan yang ‘kurang bernasib baik’ disekitar ibu
kota…perasaan kami ketika itu bercampur baur…kami sangat teruja kerana ini
pengalaman pertama kami, dalam masa yang sama kami sedikit gementar untuk
bertemu dengan mereka…
*****
Bagi mempercepatkan aktiviti, kami
berpecah kepada dua kumpulan…kumpulan saya akan ke lorong haji taib dan kawasan
sekitarnya dan kumpulan kedua akan ke kawasan terbuka…dalam aktiviti ini, kami
mengedarkan 200 bungkus makanan, air mineral, sabun mandi, berus dan ubat gigi,
roti dan tuala wanita (untuk wanita sahaja…^_^) kepada golongan-golongan
seperti yang disebutkan…kami dibantu oleh seorang doctor muda yang berusia 26
tahun lulusan dari Monash University…Doctor Danial akan memeriksa keadaan mereka dan memberikan ubat kepada mereka
sekiranya mereka tidak sihat…
![]() |
Dr Danial sedang memeriksa salah seorang homeless... |
*****
Mereka sangat gembira apabila
masih ada yang mengambil berat tentang diri mereka…kerana kegembiraan itu jelas
terpancar di wajah mereka…ada yang baru sahaja mengucapkan kalimat syahadah…alhamdulillah…mereka
sedar…tidak hairan pula ada yang memberi nasihat kepada kami…
![]() |
Khusyu mendengar nasihat daripada uncle ini....^_^ |
‘kamu semua belajar rajin-rajin tau…semoga Allah memberkati kamu semua…’ kata seorang warga india kepada kami…
Ada yang diantara kami terkejut kerana mereka tidak
mempunyai pendidikan yang begitu tinggi tetapi mampu memberi sesuatu yang memberi
impak kepada kami…orang pernah berkata ‘jangan lihat siapa yang bercakap,
tetapi lihat apa yang dicakapkan’… tidak kira siapa mereka sekalipun, setiap
kata-kata dari mereka kita ambil untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan
seharian kita…
*****
Alhamdulillah…aktiviti tamat pada jam 11.30 malam dan
kembali ke pejabat CCSC…kami melakukan sharing moment atau dibreifing tentang sepanjang
aktiviti turun ke lapangan…ada yang kata begitu…ada yang kata begini…pada awal
program, masing-masing dengan negative judgement tentang golongan ini …tetapi,
setelah merasa sendiri untuk bertemu dengan mereka…baru lah negative judgement
tadi bertukar kepada positive…sedikit sebanyak kami dapat salami jiwa mereka…mereka
turut berkongsi masalah dengan kami…mereka sangat sporting…
Akhir nya, kita jangan lah terlalu suka menghukum…sebalik
nya kita cuba untuk mendekati mereka dan tahu isi hati mereka…mudah-mudahan
pintu hati mereka terbuka untuk menerima cahaya ke pangkal jalan…amin…
![]() |
My crew pass |
![]() |
Berkumpul di hadapan Pejabat Agung Pas ^_^ |
![]() |
Hasil tulisan salah seorang homeless... |
![]() |
Berbual dengan salah seorang homeless... |